Saturday, October 24, 2009

CONTOH DOKUMENTASI

DOKUMENTASI KEM BESTARI SOLAT

Kem bestari solat memberikan pendedahan secara terperinci kepada murid – murid PPKI tentang kepentingan bersolat dalam kehidupan seharian, cara mengambil wuduq yang betul, cara mengerjakan dengan solat yang tertib, bacaan azan, dan iqamat serta bacaan dalam solat.
Ekoran daripada itu, dengan mengadakan aktiviti ini murid pendidikan khas akan didedahkan dengan kewajipan bersolat sebagai seorang muslim dan menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar sepanjang hidup ini bertepatan dengan firman Allah yag bermaksud “ sesengguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatanmungkar dan keji.”

Diantara matlamat Kem Bestari Solat ialah :
1. Mengetahui kepentingan bersolat lima waktu sehari semalam sebagai kewajipan seorang muslim.
2. Mendirikan solat dengan penuh khusyuk sama ada secara bersendirian atau berjemaah.
3. Membezakan antara perbuatan yang mulia dan keji dalam kehidupan seharian.
4. Membentuk peribadi yang mulia lagi diredahi Allah.
5. Mengetahui cara melaungkan azan dengan intonasi yang baik.

Manakala objektif Kem Bestari Solat ini ialah :
1. Menyebut anggota – anggota wuduq dengan betul.
2. Mengambil wuduq dengan sempurna beserta niat dan doa selepas wuduq.
3. Menguasai bacaan dan hafalan niat dalam solat lima waktu dengan lancar.
4. Dapat melaungkan azan dengan intonasi dan bacaan yang betul.
5. Mengetahui solat lima waktu.




Program ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tehel, Melaka pada 23 julai 2009, Khamis, dari jam 8 : 00 pagi hingga 3 : 00 petang. Kem ini telah disertai oleh sekolah – sekolah Zon Ayer Keroh. Oleh itu, SMK Bukit Baru telah menyertainya dan menghantar wakil seramai 5 orang iaitu :

1. Mohd Amiruddin B. Ariffin
2. Muhammad Syazwan B. Edirus
3. Muhammad Anuar B. Basidon
4. Muhammad Nur B. Majid
5. Mohd Aidil B. Azmi

Mereka ini telah diiring oleh dua orang guru pendidikan islam iaitu :


Semasa kem ini dijalankan ia menggunakan konsep Latihan dalam kumpulan (LDK). Jadual dibawah menunjukkan kumpulan yang disertai oleh murid – murid SMKBB.

Guru Kumpulan 1 : Ust . Zakir B. Md Ali
Mohd Amiruddin B. Ariffin Muhammad Syazwan B. Edirus

Guru Kumpulan 2 : Cik Siti Khadijah Bte. Ab. Kadir
Muhammad Anuar B. Basidon
-
Guru Kumpula 3 : HJ Helmi B. Muhamad
Muhammad Nur B. Majid Mohd Aidil B. Azmi




Tentatif Program :

7 : 30 pagi – 8 : 00 pagi :

Murid dan guru pengiring SMKBB sampai di SK Tehel dan mendaftar di meja pendaftaran. Kemudian pegawai yang bertugas mengarahkan murid agar berumpul di dalam dewan.

8 :00 pagi – 8 : 10 pagi :

Kem bestari ini di mulai dengan Ice – Breaking dan bacaan doa. Kemudian taklimat mengenai kem ini diterangkan kepada murid. Setelah itu, semua murid dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan akan diajar oleh fasilatator yang khasnya guru – guru J-Qaf dan amnya guru Pendidikan islam.




Gambar 1 : Peserta sedang mendengar taklimat daripada fasilatator.



8 : 10 pagi – 9 : 10 pagi

Latihan Dalam Kumpula ( LDK ) bermula dengan aktiviti pengajaran wuduq dan Amali pengambilan Wuduq. Ada diantara kumpulan yang berkumpul didalam dewan dan setengahnya pergi ke surau. Objektifnya ialah diakhir pengajaran murid dapat menyebut anggota – anggota wuduq dengan betul dan mengambil wuduq dengan sempurna beserta niat dan doa selepas wuduq.

10 : 10 pagi – 10 : 40 pagi

Semua peserta minum pagi dalam kumpulan masing – masing.

10 : 40 pagi – 12 : 40 pagi

Latihan Dalam Kumpulan ( LDK 2 ) sesi kedua ini pengisiannya dipenuhi dengan rukun solat. Semua fasilitator akan memperincikan ilmu peserta dengan latihan amali solat. Kemudian ia disusuli dengan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK 3 ) mengenai bacaan dalam solat.

1 : 30 petang – 2 : 00 petang

Selepas makan tengah hari, semua peserta berkumpul untuk bersembahyang jemaah bersama – sama.







Gambar 2 : Peserta merapatkan saf untuk sembahyang zohor berjemaah.
2 : 00 petang – 3 : 00 petang
Sesi penyampaian hadiah.

Pencapaian
Salah seorang peserta SMKBB telah menjadi pelajar terbaik dalam aktiviti berkumpulan 1 : pengambilan wuduq.
Nama : Mohd Amiruddin B. Ariffin











Gambar 3 : Mohd Amiruddin B. Ariffin sedang mengambil hadiah kerana menjadi peserta terbaik sesi mengambil wuduq.










Gambar 4 : Menerima hadiah saguhati bagi setiap penyertaan.

NOTA